I made this widget at MyFlashFetish.com.

GAGAL DALAM EXAM?

Keputusan peperiksaan SPM 2009 telahpun dikeluarkan. Ada pelajar yang berjaya mendapat semua A. Syabas dan tahniah untuk mereka. Tetapi ramai pula pelajar yang gagal dan mereka ini perlu dibantu dan dimotivasikan agar tidak terlalu kecewa dengan keputusan peperiksaan ini.
Terdapat empat kategori pelajar gagal:
1. Pelajar yang memang rajin belajar dan berusaha tetapi gagal. Biasanya mereka gagal untuk dapat ‘Straight A’. Itulah istilah gagal bagi mereka.

2. Pelajar yang memang tidak berusaha dan malas belajar lalu gagal. Malah ada yang telah menjangkakan kegagalan mereka dari awal lagi. Ini berlaku kerana masalah sikap, pergaulan, terlalu mahu berseronok, masalah keluarga dsb. Mereka perlu dikaunseling dan perlu ikuti program motivasi atau pemulihan.

3. Pelajar yang gagal sebab tidak berkemampuan untuk cemerlang dalam akademik. Ini disebabkan kebolehan dan potensinya adalah dalam bidang dan jurusan yang lain. Ada pelajar yang telah berusaha tetapi memang kemampuannya setakat itu sahaja. Janganlah kita marah dan paksa anak untuk lakukan sesuatu di luar batas kebolehan mereka. Sedari potensi anak yang lain seperti dalam bidang sukan, kemahiran tangan, kebolehan komputer dan ICT, seni, keusahawanan, dan sebagainya. Dengan cara itu anak-anak tetap akan berjaya dalam hidup mereka satu hari nanti.

4. Pelajar yang sengaja menggagalkan dirinya atas alasan-alasan peribadi seperti tidak mahu duduk di asrama, tidak mahu bersekolah di sekolah aliran agama, sebagai tanda protes atas masalah yang wujud antara ibu bapa kononnya padan dengan muka mereka. Kumpulan pelajar sebegini memang perlu dibantu melalui sesi kaunseling. Ibu bapa juga perlu sedar kalau anak benar-benar tidak mahu ke asrama maka tidak perlu paksa. Nur Amalina Che Bakri pun mampu dapat 17A1 melalui sekolah harian biasa sahaja.
Untuk bangkit dari kegagalan ini, pelajar perlu jujur dan ikhlas menganalisa diri mereka sebab-sebab dan punca kegagalan itu.

Kalau memang sudah berusaha tetapi gagal maka:
--> Mungkin terlalu ‘overconfident’ hingga menyebabkan berlaku kecuaian ketika menjawab soalan. Oleh itu pelajar perlu belajar dari pengalaman ini dan perlu semak jawapan banyak kali. Pelajar perlu ingat kesilapan memang boleh berlaku dalam peperiksaan.
--> Gagal sebab tidak tahu teknik dan strategi peperiksaan peperiksaan. Pelajar perlu ikuti program Motivasi dan Kemahiran Belajar.
- Pelajar perlu Belajar Cara Jatuh. Ada pelajar yang ambil tindakan di luar akal fikiran yang waras hingga dulu ada kes pelajar yang bunuh diri disebabkan gagal dalam peperiksaan. Gagal dalam peperiksaan bukannya gagal dalam kehidupan. Sebab itu pelajar perlu belajar cara jatuh dengan cara:
o Terima hakikat tidak semua orang mampu dapat semua A
o Terima hakikat bakat dan kebolehan kita ada ditempat lain
o Ingat manusia hanya mampu berusaha keputusan tetap di tangan Tuhan
o Jadikan kegagalan itu sebagai ‘Stepping Stone’ bukannya ‘Stopping Stone’.
o Tanam azam untuk buat lebih baik dalam peperiksaan yang akan datang. Ada pelajar 5A dalam UPSR,8A dan 9A dlm PMR tetapi tidak mendapat semua A dalam SPM. Ada pula yang tidak semua A masa UPSR tetapi straight dalam SPM. Oleh itu kegagalan hari ini tidak ada kaitan dengan keputusan kita dimasa akan datang. The past is never equal to the future.
o Mula belajar dari awal tahun dan jangan tangguh menyelesaikan setiap perkara yang tidak difahami.

~selamat beramal~(trademark prof.izzi;x student sesma)
dr. tengku asmadi| laman bersekutu, motivasi pelajar;
edited by:prs sesma 10'

BICARA PERTAMA DARI MEJA PENGARANG..

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Membina manusia dan memanusiakan manusia adalah suatu tugas yang cukup mencabar.

Meneliti bidang tugas bimbingan dan kaunseling yang tersenarai adalah susuntugas yang memerlukan komitmen yang sejati daripada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak untuk menentukan keberhasilan dalam mengeluarkan produk yang sukar diduga dari acuan yang tersedia.

Badan PRS SESMA sentiasa menentukan warga sekolah akan bergerak seiring dengan perkembangan terkini bagi menjamin kita tidak akan ketinggalan seperti terus berusaha menghadapi ledakan teknologi terkini . Perkembangan yang selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan bagi melahirkan pelajar yang sentiasa mengikuti dan mendepani era globalisasi dengan ketinggian daya akal budi dan sentuhan intelektual yang murni.

Usaha akan terus dibuat oleh Badan PRS SESMA untuk melahirkan warga sekolah yang berketrampilan dan benar-benar memahami kewujudan dan mengenal diri kerana bermula dari situlah usaha pembinaan insan akan bermula. Apabila seluruh warga memahami dan mengenali diri masing-masing, rencana ke arah pembentukan wajah gemilang akan berhasil. Justeru itu, marilah kita bersama-sama bergerak seiringan dalam melangkah gagah bagi menuju destinasi yang terlalu diimpikan seluruh warga sekolah.

~HELP US TO HELP OTHERS~

CUBA TRY TEST!!

BEZA OTAK LAKI OR POMPUAN
~~find out now~~

Terdapat banyak cara untuk uji keunikan tubuh badan kita, antaranye
keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. kat bawah ini ada ujian yang
menarik untuk dicuba.....


Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu
diri anda sendiri..prs pun nk tipu ker??


Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!






































OK?


berapa banyak?


tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)


baca sekali lagi!


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah
ini...


otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Ajaib atau silap mata?

Korang yang dapat kira kesemua 6 F's pada permulaan
ujian memiliki otak
PEREMPUAN

Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana
kebenaran perkara
ini.."

macam mana??


ShoutMix chat widget