Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Membina manusia dan memanusiakan manusia adalah suatu tugas yang cukup mencabar.
Meneliti bidang tugas bimbingan dan kaunseling yang tersenarai adalah susuntugas yang memerlukan komitmen yang sejati daripada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak untuk menentukan keberhasilan dalam mengeluarkan produk yang sukar diduga dari acuan yang tersedia.
Badan PRS SESMA sentiasa menentukan warga sekolah akan bergerak seiring dengan perkembangan terkini bagi menjamin kita tidak akan ketinggalan seperti terus berusaha menghadapi ledakan teknologi terkini . Perkembangan yang selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan bagi melahirkan pelajar yang sentiasa mengikuti dan mendepani era globalisasi dengan ketinggian daya akal budi dan sentuhan intelektual yang murni.
Usaha akan terus dibuat oleh Badan PRS SESMA untuk melahirkan warga sekolah yang berketrampilan dan benar-benar memahami kewujudan dan mengenal diri kerana bermula dari situlah usaha pembinaan insan akan bermula. Apabila seluruh warga memahami dan mengenali diri masing-masing, rencana ke arah pembentukan wajah gemilang akan berhasil. Justeru itu, marilah kita bersama-sama bergerak seiringan dalam melangkah gagah bagi menuju destinasi yang terlalu diimpikan seluruh warga sekolah.
~HELP US TO HELP OTHERS~
UNTUK RENUNGAN DAN MURASABAH DIRI
12 years ago
3 comments:
congrates cerah..
PRS sesma maju lagi setapak ke depan..
slalu2 la update blog nih..bagi input2 terbaek untuk adik2...
tq..hahhahha...alhamdullilah...smoga kita bleh truskn hubungan dan kkalkn jati diri sbgai insan yg tebaek~~
Salam...good work prs..one step ahead! Keep it up ok..
-Teacher Lina-
Post a Comment