Assalamualaikum dan salam perpaduan.
Pada kali ini,Badan PRS SESMA ingin berkongsi sesama kita pasal angkasawan kita,x lain x bukan Dr.Sheikh Muszaphar Shukor..Anda knal ke x knal?Jom kita tgok dia punyer biografi...
Sebelum tuh,PRS SESMA nak ucapkan tahniah kepada Dr Sheikh Muszaphar Shukor kerana dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan Angkasawan Agensi Angkasa Rusia (Roscosmos) sebagai angkasawan pertama Malaysia untuk misi ke angkasa lepas hari tuh. Tahniah buat Malaysia kerana sudah mampu mencatat sejarah menghantar angkasawan sendiri ke ruang angkasa. Tahniah Malaysia!
Doktor bedah ortopedik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berasal dari Seremban nih berada 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Beliau berlepas bersama Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan Yuri Malenchenko kat tapak pelancaran Baikaonur Cosmodrome pada pukul 7.21 malam waktu tempatan (9.21 malam waktu Malaysia). Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi masa tuh, Datuk Dr Jamaluddin Jarjis berkata, pemilihan Dr Sheikh Muszaphar berasaskan pencalonan asal oleh Malaysia kepada Roscosmos yang mencalonkan Dr Sheikh Muszaphar sebagai calon pertama dan Kapten Dr Faiz Khaleed sebagai calon kedua.Saper nk jd calon ke-3??
So,ada sapa2 berminat ke nk jadi angkasawan ker??Nak jd cam Dr.Sheikh ker..??hahha..lu pikir la sendiri..mana la tau,korang ni nk jd angkasawan cam Neil Amstrong!!
Salam dan selamat menonton~~~
UNTUK RENUNGAN DAN MURASABAH DIRI
12 years ago
0 comments:
Post a Comment